Majlis Al-Hadyun Nabawi – 9 Nov 2016

5 PENGAJARAN PENTING DARIPADA MAJLIS ILMU BERSAMA AL HABIB ALI ZAINAL ABIDIN HAFIZAHULLAH DI MASJID AR-RAUDHAH

1. Sayyidina Khabbab ibnu Al-Aratt Mendidik Kita Nilai Sabar Dan Malu

Tergolong sebagai antara sahabat yang terawal memeluk Islam di kota Makkah atau assabiquun al-awwaluun, beliau mencurahkan banyak jasa kepada agama Islam.

Kesabarannya terserlah ketika beliau menahan ujian disalai di atas besi yang dinyalakan api padanya hingga padam api tersebut akibat daging Sayyidina Khabbab yang dibakar.

Begitupun beliau tetap menghadapi kematian dengan penuh ketakutan (khauf) dan pengharapan (raja’) kepada Allah kerana telah dididik oleh Rasulullah ﷺ untuk bersifat malu kepada Allah walau sehebat dan sebanyak manapun amalan seseorang itu.

2. Musibah Yang Dielakkan/Luput Bukan Satu-Satunya Kesudahan Yang Baik Bagi Menghadapi Musibah Itu Sendiri

Ada kalanya, sesuatu masalah yang menimpa dibiarkan Allah berpanjangan kerana terdapat kelebihan yang ingin dicurahkan kepada hambaNya berupa pahala kerana bersifat redha dan syukur.

Walaubagaimanapun, kita diajar untuk senantiasa meminta kesejahteraan di dalam segala urusan. Namun bila diuji, mintalah kekuatan. Mintalah kesabaran ketika menghadapi cabaran sebagaimana doa yang diajarkan Nabi ﷺ kepada kita:

‎اللهم إني أسألك الصبر عند القضاء

Transliterasi: Allahumma inni as-alukas sabra ‘indal qada’

Makna: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kesabaran di dalam menghadapi ketentuanMu.

3. Tanggungjawab Kita Terhadap Agama

Kedudukan tertinggi bagi seorang yang beriman adalah apabila dia diduga dalam mempertahankan agama Islam selagi mana kaedahnya mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ.

Allah dan RasulNya ﷺ memberikan jaminan bahawa agama ini akan terus tersebar luas dan dipelihara walaupun usaha untuk mengelirukan orang  terhadap ajaran Islam ataupun memburukkannya berterusan.

Maka tanggungjawab seorang yang beriman bukanlah untuk menentukan berjaya ataupun tidak agama ini (kerana kejayaannya telahpun dijamin Allah) tetapi yang dituntut daripada setiap yang beriman adalah untuk mempamerkan akhlak yang mulia sebagai cerminan keindahan Islam kepada masyarakat Islam ataupun yang bukan.

4. Perbuatan Rasulullah  ﷺ Bukan Untuk Dipersoalkan, Tetapi Untuk Dicontohi

Elakkan daripada menggunakan kaca mata minda kita untuk menilai betul dan salahnya perbuatan Baginda ﷺ. Maka setiap perbuatan Rasulullah itu pastinya betul dan yang bermasalah bukanlah Baginda ‎ﷺ tetapi sebaliknya pemahaman kita yang cetek.

Allah berfirman dalam Surah An-Najm ayat 3-4:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ * إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

Maksud ayat: Dan Baginda  ﷺ ‪tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. ‬Segala yang diperkatan Baginda ﷺ tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada Baginda ﷺ

Imam Malik radhiyallahu ‘anhu sendiri mengatakan, “Setiap perbicaraan boleh diambil dan ditolak kecuali (perbicaraan) yang empunya kubur ini.”

5. Bagaimana Merasakan Ujian Sebagai Nikmat

Sayyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu menganggap setiap ujian sebagai nikmat selagi mana termasuk dalam 4 kategori berikut ini:

a) Selagi mana ujian yang melanda tidak menjejas aqidah beliau

b) Selagi mana ada ujian yang lebih hebat daripada ujian yang sedang dilalui

c) Selagi mana diberikan kemampuan bersabar dan redha akibat ujian yang menimpa

d) Selagi mana tidak terhalang daripada mendapat ganjaran daripada Allah disebabkan ujian yang dihadapi.

Wallahu A’lam. Semoga diberikan kesabaran menuntut ilmu dan mengamalkannya.

img-20161109-wa0060

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s