Pra-Khutbah Al Habib Kazim Bin Ja’far As-Saqqaf

Hamzah.jpeg

 

Terjemahan Kalam Pra-Khutbah Al Habib Kazim Bin Ja’far As-Saqqaf Pada 11 Ogos 2017 Di Masjid Hajah Fatimah

 

Allah berfirman di dalam Al Qur’an bahawa rahmatNya meliputi setiap sesuatu (Al A’raf ayat 156) dan Dia juga menetapkan Rahmah untuk diriNya.

Setiap kali kita membuka Al Qur’an, kita akan membaca Bismillahirrahmanirrahim terlebih dahulu yang mengandungi sifat-sifat RahmatNya.

“Kami selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami.” (Surah Hud ayat 58)

Begitu juga para Rasul yang lain diselamatkan oleh Rahmat Allah apabila Dia menurunkan azab ke atas kaum-kaum tertentu. Bahkan Allah menyatakan: “Kami memasukkannya ke dalam rahmat Kami.” (Surah Al Anbiya’ ayat 75)

RahmatNya tidak terjangkau oleh kebijaksanaan kita.

Penciptaan kita adalah dari rahmat-Nya.

Setiap orang beriman harus menyiapkan diri untuk menerima rahmat Allah dan mendatangi tempat dan insan yang pada mereka tercurah rahmatNya.

Apabila memasuki masjid kita membaca Allahumaftahlii abwaba rahmatik (Ya Allah Ya Tuhanku bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu) sebagai mengharapkan rahmatNya.

Begitu juga pada bulan Ramadhan, Rasulullah menyatakan bahawa pintu-pintu rahmat dibuka.

Al Qur’an merupakan penawar (dari penyakit akal dan ruhani) dan juga rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Begitu juga ketika kita melaksanakan tawaf, 120 rahmat Allah pun diturunkan ke Masjidil Haram; 60 rahmat untuk mereka yang bertawaf, 40 rahmat untuk yang solat dan 20 rahmat untuk yang sekadar memandang Ka’bah.

Salah satu cara untuk mendapatkan rahmat ialah dengan bersifat rahmah pada ciptaan Allah yang lain seperti menziarahi yang sakit dan mendoakan mereka. Untuk kanak-kanak pula dengan menampakkan sifat kasih sayang dan mendidik mereka.

Muhammad Al-Baqir menyatakan bahawa seandainya seseorang menunjukkan sifat rahmah terhadap anaknya, Allah akan bersifat rahmat ke atasnya juga walaupun seseorang itu memang pada semulajadinya mempunyai rahmah terhadap anaknya sendiri.

Seorang lelaki menyatakan kepada Rasulullah ketika melihat Baginda mencium cucunya bahawa dia tidak pernah mencium seorang pun daripada 10 orang anaknya. Rasulullah lalu bersabda: “Barangsiapa yang tidak bersifat rahmah tidak akan dirahmati.”

Orang-orang dahulu apabila berjalan jauh akan menunjukkan sifat rahmah terhadap binatang tunggangan mereka dengan membiarkan mereka berehat dan minum.

Bersikap rahmahlah terhadap wanita dengan berlembut dan melayani mereka dengan baik. Ini sebahagian daripada ajaran Islam.

Allah mewajibkan sifat rahmat ke atas diriNya sendiri dengan berfirman di dalam hadith Qudsi:

“Wahai hambaKu, aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu.”

Sebahagian orang Islam pada zaman dahulu bersifat rahmah terhadap serangga dengan meninggalkan makanan untuk dimakan serangga. Pada musim cuaca kering dan panas pula, mereka menunjukkan rahmat dengan menuangkan air pada tumbuh-tumbuhan.

Para ulama agung akan membacakan hadith tentang rahmah sebelum memulakan sesi pengajaran mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s