WASIAT HABIB ZAIN BIN SEMAIT
Jagalah amalan membaca ayat ini (dikenali juga dengan gelaran “Ayat Seribu Dinar”) selepas Solat Fardhu Subuh dan Solat Fardhu Maghrib tujuh (7) kali. Ia adalah penyebab utama kekuatan Taqwa, mengundang rezki hissi (metarial) dan maknawi (kerohanian). Bacaan ini menunaikan hajat, memudahkan urusan, dan melapangkan kesulitan.
Ayatnya adalah firman Allah ta’ala dari Surat At-Talaq Ayat 2 dan 3:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا ¤ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Makna ayat: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Saya berwasiat agar anda memelihara amalan ayat ini dan berterusan dalam pengamalannya. Jangan meninggalkan amalan ini; semoga Allah memberi petunjuk kepada anda semua. Amin.
