Memahami Ittiba’ Yang Menyeluruh

PEMAHAMAN TERHADAP KEADAAN ITTIBA’ (MENURUTI SUNNAH RASULULLAH ﷺ) SECARA MENYELURUH DALAM KEADAAN ZAHIR & BATIN SERTA KESANNYA TERHADAP UMMAT

img-20161209-wa0064Segala puji bagi Allah yang menghimpunkan kamu untuk menghadapNya, dengan bimbingan KekasihNya Yang Terpilih, Muhammad ﷺ, petunjuk yang merangkumi segala yang diredhaiNya, yang dikasihiNya daripada (amal bakti) yang disyariatkan untuk kami melalui usaha Baginda yang mulia ﷺ daripada keadaan amalan zahir (kita) dan keadaan batin yakni segala sifat yang berkait dengan hati; (hakikat ini) yang merupakan perkara yang amat dikasihi Allah adalah hasil daripada petunjuk Baginda ﷺ dan melaksanakannya adalah sunnah dan termasuk di dalam amalan menuruti Baginda.

Bukanlah hak sesiapapun untuk mengasingkan antara amalan ibadah yang bersifat zahir dengan perkara batin yang terkait dengan hati daripada perihal kasih, pengharapan dan penghormatan. Bukankah ini sebahagian daripada menuruti Baginda ﷺ? Siapa yang mengatakan bahawa amalan zahir adalah termasuk daripada menuruti Baginda ﷺ tetapi bukan amalan batin? Demi Allah, tidak! Bahkan amalan batin adalah lebih berat timbangannya dan lebih besar ganjarannya di sisi Allah.

Kerana menyintai Baginda ﷺ adalah ittiba’ (sebahagian daripada sunnah), merindui Baginda ﷺ  adalah ittiba’, mengagungkan Baginda ﷺ adalah ittiba’, memuji Baginda ﷺ adalah ittiba’, berselawat ke atas Baginda ﷺ adalah ittiba’, berhimpun untuk berzikir adalah ittiba’, mengalunkan sya’ir yang memuji Baginda ﷺ adalah ittiba’; maka siapakah yang mahu memisahkan perbuatan ittiba’ antara satu dengan yang lain? Siapakah yang mahu memgelirukan orang lain untuk mempercayai bahawa ittiba’ itu melibatkan amalan zahir semata-mata tanpa penghayatan!? Kita tidak menemui keadaan (memisahkan zahir dan batin ittiba’) ini pada kehidupan para sahabat mahupun para tabi’in (generasi mereka yang menuruti para sahabat) dan mereka yang seterusnya mereka dalam kebenaran… adakah (pernah) seorang pun sahabat mengatakan (kepada Baginda ﷺ), “Aku akan menuruti engkau di dalam perlaksanaan perintah dan menjauhi larangan tanpa sebarang perasaan rindu ataupun tawadhu’ di hadapan engkau mahupun kecintaan?”

– dipetik daripada ucapan pada 11hb Rabi’ul Awwal 1438H di Masjid Āl Al-Bait, Oman. Tekan pautan di bawah untuk mendengar ucapan penuh.


*مفهوم الاتباع الشامل لأعمال الجوارح و القلوب و أثره على الأمة*
📢 محاضرة العلامة الحبيب عمر بن حفيظ في الاحتفال بذكرى المولد النبوي في مسجد آل البيت، في مدينة صلالة، سلطنة عمان، ليلة السبت 11 ربيع أول 1438هـ
الحمد لله جامعكم على الوجهة إليه و على الإقبال عليه بهدي حبيبه المصطفى محمد صلى الله عليه وسلم هديه الشامل بكل ما رضيه الحق جل جلاله و أحبه منا و شرعه لنا على يده الكريمة صلوات ربي وسلامه عليه من أحوال وأعمال الجوارح وأحوال وصفات القلوب كل ما كان محبوبا لله من ذالكم فهو هديه و العمل به سنته و متابعته صلى الله عليه وسلم لا يملك أحد أن يفارق في متابعته عليه الصلاه والسلام بين عمل جارحة من مظهر عبادة من العبادات وبين وصف قلب من حب أو شوق أو تعظيم أليس هذا متابعة؟
من يقول إن عمل الجوارح متابعة و أعمال القلوب ليس متابعة؟ لا والله بل أعمال القلوب أعظم ميزانا عند الرب و أجل أجرًا عند الإله. فالمحبة له اتباع و الشوق إليه اتباع و التعظيم له اتباع  ومدحه تباع و الصلاة عليه اتباع و الاجتماع على مجالس الذكر اتباع و إنشاد شعر في مدحه اتباع، فمن يريد أن يفصل أعمال الاتباع عن بعضها البعض ومن يريد أن يصور أن الإتباع بصور الأعمال وأجسامها وبمظاهرها وبحسها دون معانيها؟ ما وجدنا ذلك في حياة أحد من الصحابة و لا التابعين ولا تابعيهم بإحسان. أي صحابة قال أنا أتبعك في إجراء بعض الأوامر التي أمرت والنواهي التي نهيت ولا أعرف الشوق إليك ولا أعرف التذلل بين يديك ولا أعرف المحبة لك

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s