Fawaid: Doa Surah Al-Mulk oleh Sayyidil Habib Abu Bakr Al-Adniy bin Ali Al-Masyhur

abu-bakr-masyhurDoa Surah Al-Mulk

susunan Al-Habib Abu Bakar bin Ali Al-Masyhur

(dibaca sesudah membaca surah Al Mulk sebagai wirid harian)

اللهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا وَرَبُّ العَالَمِينَ

Ya Allah, Engkau Tuhan kami, Tuhan sekelian alam

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمـنِ الرَّحِيم . مَـلِكِ يَوْمِ الدِّين . إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين . اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم . صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Raja hari pembalasan. Hanya Engkau (Ya Allah) kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjuk kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat dan bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [Al-Fatihah: 2-7]

اللهم يا اللهُ يَا كَرِيمُ يَا رَحِيمُ يَا مَنْ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، وَإِلَيْهِ المَصِيرُ ، وَبِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ ، هَبْ لَنَا مِنْ جَزِيلِ عَطَائِكَ ، وَأَكْرِمْنَا بِمَا في سُورَةِ المُلْكِ مِنَ الخَصَائِصِ وَالبَرَكَاتِ ، وَالعَطَايَا وَالهِبَاتِ ، وَشَرَفِ المَعَانِي الصَّالِحَاتِ ، في حُرُوفِ الآيَاتِ ، وَرَقْمِ وَرَسْمِ الكَلِمَاتِ ؛ مَا تَمْنَحُنَا بِه الدُّخُولَ في عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ ، وَتُحَقِّقُ لَنَا بِهِ سَلَامَةَ الدَّارَيْنِ ، وَأَمَانَ العَالَمِينَ ، وَشَرَفَ السَّاعَتَيْنِ ، وَالحِفْظَ مِنَ المَرَدَةِ وَالشَّيَاطِينِ ، وَالحُكَّامِ وَالسَّلَاطِينِ ، وَالعُتَاةِ المُفْسِدِينَ

Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, Yang Berkuasa atas segala sesuatu, dan kepadanya kembali segala urusan (Yang Maha Berkuasa), dan kepadaNya tempat kembali, dan Dia Maha Teliti lagi Maha Melihat keatas hamba-hambaNya; kurniakan kepada kami pemberianMu yang banyak, dan muliakanlah kami dengan (berkat) kandungan Surah Al-Mulk dari (segi) keistimewaan dan keberkatannya, kurniaan dan pemberiannya, kemuliaan maknanya yang baik melalui huruf-huruf yang ada pada setiap ayat (dari Surah Al-Mulk), bilangan (huruf) serta tanda-tanda dan tulisan pada setiap kalimat, dan apa saja yang menjadikan kami termasuk dalam golongan hamba-hambaMu yang solihin dengan (keberkatan) Surah Al-Mulk. Dan bantulah kami mencapai keselamatan dunia dan akhirat dengan (keberkatan) Surah Al-Mulk, dan pemeliharaan daripada segala syaitan-syaitan yang, para hakim dan pemerintah, dan para pembesar yang membuat kerosakkan.

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُوماً لِلشَّيَاطِينِ

‪Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan. [Al-Mulk: 5]

يَا اللهُ يَا اللهُ يَا وَاهِبَ السَّمْعِ وَالبَصَرِ ، وَمُسَيِّرَ القَضَاءِ وَالقَدَرِ ، وَمُفَجِّرَ المَاءِ مِنَ الحَجَرِ ؛ ثَبِّتْ عَقْلِي وَسَمْعِي وَبَصَرِي حَتَّى أَتَعَرَّفَ عَلَى شَرَفِ العَلَاقَةِ بِكَ ، وَأَعِنّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ، وَامْلَأْ جَوَارِحِي وَذَرَّاتِ جَوَانِحِي بِأَدَبِ الخَشْيَةِ وَالخُضُوعِ وَالذِّلَّةِ بَيْنَ يَدَيْكَ

Ya Allah, Ya Allah, Yang Memberi Pendengaran dan Penglihatan, Yang Menjalankan qada’ dan qadar, Yang Memancarkan air daripada batu; tetapkanlah akalku, pendengaranku, dan penglihatanku sehingga aku benar-benar mengenali akan keindahan hubungan denganMu. Dan bantulah aku atas mengingatiMu dan mensyukuriMu (mensyukuri nikmat) dan beribadah dengan baik kepadaMu. Dan penuhkanlah anggota tubuhku, dan setiap tulangku dengan khusyu’ dan khudu’ (merendah diri), dan kehinaan di hadapan kekuasaanMu.

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِير

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. [Al-Mulk: 12]

الْلَهُمَّ يَا عَلِيُّ يَا كَبِيرُ يا عَلِيمُ يَا قَدِيرُ يَا سَمِيعُ يَا بَصِيرُ ، أَحِطْنَا بِإِحَاطَتِكَ الدَّائِمَةِ ، وَاحْفَظْنَا بِسِرِّ أَسْمَائِكَ وَصِفَاتِكَ الخَاصَّةِ وَالعَامَّةِ ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَلامَّةٍ

Ya Allah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat; peliharalah kami dengan pemeliharaanMu yang berterusan. Dan jagalah kami dengan rahsia nama-namaMu dan sifat-sifatMu yang khusus dan umum, dari semua syaitan dan terkena musibah (ain).

أَلاَ يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِير

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan pentadbiranNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya!

الْلَهُمَّ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيرُ ، اِجْعَلْ سُورَةَ المُلْكِ مُنْجِيَةً لِعَبْدِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَظُلْمَةِ الوِزْرِ ، وَمُطَهِّرَةً لِلْقَلْبِ وَالصَّدْرِ ، فَالعَبْدُ لا يَعْلَمُ مِنْ أَمْرِهِ المَكْنُونِ شَيْئاً في السِّرِّ وَالجَهْرِ

Ya Allah yang Yang Maha Penyantun lagi Maha Mengetahui, jadikanlah Surah Al-Mulk penyelamat untuk hambaMu dari azab kubur dan kegelapan dosa, penyuci hati, seorang hamba tidak mengetahui apa yang terahsia dari urusannya yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.

قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِين

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. [Al-Mulk: 26]

الْلَهُمَّ بِالنَّذِيرِ المُبِينِ ، الَّذِي أَرْسَلْتَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِاللهِ إِمَامِ أَهْلِ اليَقِينِ وَالتَّمْكِينِ ، أَصْلِحْنَا وَأَصْلِحْ بِنَا ، وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا ، وَاكْتُبْنَا في دِيوَانِ عِبَادِكَ المُتَّقِينَ ، الَّذِينَ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Ya Allah dengan kelebihan yang memberi amaran yang nyata, yang Kamu utuskannya rahmat buat semesta alam, Sayyidina Muhammad bin Abdillah, penghulu orang-orang yang bertaqwa dan berjaya, perbaikilah urusan kami dan jadikan kami penyebab kepada kebaikkan, berikanlah kami keafiatan dan ampunkanlah kami, masukkanlah kami bersama hamba-hambaMu yang bertaqwa, yang mana mereka ini tidak merasa takut mahupun sedih.

قُلْ هُوَ الرَّحْمَنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri. [Al-Mulk: 29]

 وَإِلَيْهِ أَنَبْنَا ، وَبِهِ خَاصَمْنَا ، وَبِرَحْمَتِهِ اسْتَغَثْنَا ، وَمِنْ عَذَابِهِ اسْتَجَرْنَا ، وَبِأَسمَائِهِ وَصِفَاتِهِ تَوَسَّلْنَا ، فَأَصْلِحِ الْلَهُمَّ لنا شَأْنَنَا كُلَّهُ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ، وصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

Dan kepadaNya kami kembali dan bertaubat, denganNya kami berhujjah, dengan rahmatNya kami memohon, dari azabNya kami berlindung, dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya kami bertawassul, maka perbaikilah segala urusan kami, dengan rahmatMu wahai Yang Maha Merahmati. Selawat serta salam Allah ke atas junjungan Sayyidina Muhammad serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.


Muat turun pdf di sini.

Fitnah Pemimpin Agama Yang Menyesatkan