Syair Habib Idrus Al-Jufri tentang Ilmu

Syair Habib Idrus bin Salim Al-Jufri:

فَإنِّي رَأيْتُ الجهل في النَّاسِ فَاشِيًا

Sungguh aku perhatikan kejahilan bermaharajalela di tengah manusia

فَلا خَوفٌ مِن مَوْلى وَلا مِن جَهَنَّمِ

Tidak ada ketakutan kepada Maula (Allah) ataupun pada Jahanam

فَدَاوُوا بِعِلمِ الدِّيْن جَهْلَ قُُلُوبِكُم

Maka ubatilah kejahilan dalam sanubarimu dengan ilmu agama

فَمَن لم يُدَاوِ الجهْلَ بالعِلْمِ يَنْدَمِ

 Siapa yang enggan mengubatinya dengan ilmu pasti akan menyesal


Guru TuaBiodata Ringkas Pengarang Syair

Pengarang syair, Al-Habib Idrus bin Salim Al-Jufri, dilahirkan di Taris, Hadramaut, Yaman, pada tanggal 15 Mac 1892 dan meninggal di Palu, Sulawesi, Indonesia, pada tanggal 22 Disember 1969. Al-Habib Idrus merupakan anak murid kepada Syeikhul-Islam Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syatiri dan beliau adalah tokoh unggul dalam bidang pendidikan Islam di Sulawesi Tengah. Jasa beliau amat besar sehingga dikatakan beliau ini mengasaskan lebih dari 1,000 pusat pendidikan termasuk beberapa pesantren, sekolah, dan ma’had pengajian Islam. Pemerintah Indonesia telah menamakan sebuah lapangan terbang, Bandara SIS (yakni Syed Idrus Salim) Al-Jufri, sempena nama beliau. Selain itu, ada juga hospital dan masjid yang dinamakan atas nama beliau. Al-Habib lebih dikenali dengan gelaran “Guru Tua” di antara masyarakat Sulawesi. Semoga Allah merahmati Al-Habib Idrus Al-Jufri dan memberi beliau sebaik-baik balasan di akhirat kelak, dan memanfaatkan kami dengan ilmu beliau. Amin.

Rujukan:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s