Fawaid: Selawat Bisighah adh-Dhomir

Faedah dari Al-Habib Musa Al-Kazim bin Ja’afar As-Seggaf:

Diantara bacaan selawat paling ringkas dan mudah adalah selawat dengan sebutan dhamir (الصلوات بصيغة الضمير) sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus beliau.

Cara bacaannya seperti berikut:

Bisighah adh-Dhomir

Dibaca ayat berikut:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Diikuti dengan bacaan lafaz: Muhammad (sebanyak tiga kali):

مُحَمَّد مُحَمَّد مُحَمَّد

Diikuti bacaan selawat: Allahumma Solli Alaih  (sebanyak 100 kali setiap pagi dan 100 kali malam):

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيه

Diantara faedah selawat ini:

  1. Riwayat Abu Musa Al-Madini, “Barangsiapa berselawat keatasku selepas fajar sebanyak 100 kali maka Allah akan tunaikan 100 hajatnya, 70 hajat akhiratnya dan 30 hajat dunianya. Dan barangsiapa berselawat keatasku selepas maghrib sebanayak 100 kali maka Allah akan tunaikan 100 hajatnya, 70 hajat akhiratnya dan 30 hajat dunianya.”
  2. Riwayat Imam ad-Daral-Quthni, “Barangsiapa berselawat keatasku pada siang dan malam sebanayak 100 kali maka Allah akan tunaikan 100 hajatnya, 70 hajat akhiratnya dan 30 hajat dunianya.”
  3. Juga dikatakan bahawa membaca selawat dengan sebutan dhamir (seperti yang dinukilkan diatas) sebelum tidur sebanyak 20 kali memudahkan pembacanya melihat Baginda ﷺ dalam tidurnya.

Wallahu A’lam.

Rakaman odio penerangkan Habib Kazim boleh dimuat-turun di sini.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s