Faedah dari Habib Kazim Asseggaf – Dibacakan ayat-ayat ini sebelum berdakwah kepada orang yang bukan Islam agar diberi hidayah. Bacaan ini beliau dapatkan daripada Habib Ahmad Masyhur Al-Haddad رحمه الله تعالى:
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
Maksud ayat: Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahkan bagi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa (Surah Muhammad – 47:17)
بسم الله الرحمن الرحيم
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ووَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
Maksud ayat: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam) – Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sekali lagi (ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau inginkan) (Surah al-Insyirah – 94:1-8)