بسم الله ربي والصلاة والسلام على رسوله
Kumpulan Zikir dan Selawat untuk Menolak Kesusahan dengan Izin Allah
oleh Al-Habib Abu Bakar Al-Adniy bin Ali Al-Masyhur
- Baca 100 kali:
يا لطيفا لم يزل الطف بنا فيما نزل إنك لطيف لم تزل الطف بنا والمسلمين
Ya latheefan lam yazal ulthuf bina feema nazal innak latheefun lam tazal ulthuf binaa wal-muslimeen
Maksud: Wahai Yang selalu lembut, berlembutlah kepada kami atas segala ketentuan-Mu, kerana sesungguhnya Engkau Maha Lembut selama-lamanya. Berlembutlah kepada kami dan orang-orang muslimin
- Baca 100 kali:
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Laa ilaaha illaa anta subhaanaka inni kuntu minaz-zholimeen
Maksud: Tiada Tuhan melainkan Engkau Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim
- Baca 100 kali:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيئ في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Bismillahil-lazi laa yadhurru ma’asmihi syaiun fil-ardhi wa laa fis-samaai wa huwas samii’ul-‘aleem
Maksud: Dengan nama Allah yang yang dengan namaNya tak satu pun, yang di bumi atau di langit dapat memberi bencana. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
- Baca 100 kali:
ليس لها من دون الله كاشفة
Laisa lahaa min duuni-llahi kaasyifah
Maksud: Tiada baginya melainkan Allah yang Maha Melindungi
- Baca 100 kali:
اللهم صل وسلم على نبينا محمد الذي تكشف بذكره الكرب ويرفع الله به المقت والغضب ويسكن بالصلاة عليه ما اضطرب وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا
Allahumma solli wa sallim ‘alaa Nabiyyina Muhammad allazi taksyifu bizikrihil-karb wa yarfa’ullah bihil- maqta wal-ghodhoba wa yuskinu bis-solati ‘alaihi math-thuriba wa ‘alaa aalihi wa sohbihi wa sallim tasliman kaseera
Maksud: Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi kami Muhammad yang dengan mengingatinya terungkai segala kesedihan, dan yang Allah angkat dengannya segala benci dan murka, dan yang dengan berselawat ke atasnya memberi ketenangan kepada segala yang mendatangkan kerisauan, serta selawat dan salam ke atas keluarga para sahabatnya salam dengan limpahan salam yang banyak