Adab Perbincangan Antara Kumpulan-Kumpulan Islam: Kepentingan Membuat Rujukan Dengan Ahli Ilmu dipetik dari kitab “Adab Hiwar” susunan Sayyidil Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz
Tidak dapat dinafikan, adalah menjadi suatu kepayahan untuk mendapatkan hakikat kebenaran dan dapat melihat sesuatu dengan ilmu pengetahuan berdasarkan sumber-sumber informasi dari media yang wujud zaman sekarang.
Dan perumpamaaan orang yang mendalaminya seperti orang yang menyelami di pangkal lautan.
Manusia berbicara tentang laut. Semua manusia memang tahu tentang sebahagian dari ciri-ciri yang ada pada laut, tetapi yang masuk menyelam ke dalam laut hal mereka berbeza ketika mereka berbicara tentangnya, dan tentu sekali hasil yang mereka bawa bersama mereka berbeza sama sekali.
Dan ke atas mereka yang takut untuk menyelami ke pangkal lautan, sekurang-kurangnya jangan pula mendakwa dirinya telah melihat dan memahami setiap inci batu-batu mutiara dan permata, memilikinya dan telah mengambilnya sendiri dengan tangan mereka.
Jika terdapat padanya mutiara, maka hendaklah sekurang-kurangnya mengaku yang mutiara tersebut dierima dari tangan si penyelam, dan bukanlah langusung dari usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya mutiara tersebut sampai kepada dirinya mungkin menerusi hartanya (membeli), atau pemberian orang kepadanya atau dengan cara-cara lain.
Begitulah juga halnya dengan lautan ilmu, pendapat-pendapat dan cara-cara untuk memahami dalil-dalil di dalam Al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya Allah telah mempersiapkan para penyelam untuk tujuan itu.
Sepertimana Allah subhanahu wa ta’ala telah berfirman:
وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ
“Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Uulil-Amri (orang-orang ang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka.” (Surah An-Nisa:83)
Sekiranya kalian hendak mengeluarkan batu-batu mutiara maka ambillah, kerana ianya tidaklah diharamkan ke atas kalian. Tetapi sekiranya kalian takut, atau tidak mampu, atau tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk menyelam di pangkal lautan, maka serahkanlah urusan ini kepada ahlinya, kemudian dapatkanlah mutiara-mutiara tersebut darinya sekembalinya dia dari penyelamannya.
أدَبُ الــحِــــوَارِ بَــيْــنَ الــجَــمَــاعَــاتِ وَالــفِــرَقِ الإِسْــلامِــيّــة
للحبيب عمر بن محمد بن حفيظ
الجزء : أهميّــة الرّجــوع إلــى أهــل العلــم
مِن غير شك أنه من الصّعب أن تَرد أمثال هذه الحقائق وتُبصَر بالقوى الإعلامية الموجودة اليوم عندنا، ومثال الغوص عليها كمَن يغوص في البحر.. الناس يتكلمون عن البحر، والكلّ يعرف بعض خصائص البحر ، لكن الغَوص فيه والدخول فيه شأنُه آخر، والتحصيل من هذا الغوص شأنه يختلف تماماً
والذي يتهيَّب دخول البحر عليه أقل شيء أن لا يدَّعي احتواءه على الجواهر، ومُلكَه لها وأخذَها بيده ؛ فإن وُجدت عنده جوهرة فَعَليه أقلّ شيء أن يعترف أنها جاءت على يَد غوَّاص ، وليست على يده هو، إنما توصَّل إليها بوسيلة من ماله أو من هبةِ ذاك له أو غير ذلك، كذلك شأن بحور الأفكار والعلوم والاهتداء إلى حقائق الدّلالات في الكتاب والسنة ، أقام الله عليها غوَّاصين، قال تعالى: ﴿ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ﴾ [النساء:83]
فإذا أخرجوا الجواهر فخُذْها فليست محرّمةً عليك، وإن أنت جبُنت أو عَجِزت، وليست عندك الإمكانيّة والقدرة على أن تغوص في البحر فسلِّم للغوّاص واستلم الجوهرة منه حين يأتي لك بها بعد غوصه